‘Follower Lari’ Gara-Gara Senyap Terlalu Lama, Nor Albaniah Tak Mahu Kejar Populariti

Hiburan

‘Follower Lari’ Gara-Gara Senyap Terlalu Lama, Nor Albaniah Tak Mahu Kejar Populariti

Pelakon senior, Noralbaniah mendedahkan bahawa pengikut media sosial Instagram miliknya semakin berkurangan gara-gara senyap terlalu lama dalam mengemas kini perkembangan terkininya di platform itu.

9 years ago

Penampilan Saya Memang Seksi Sejak Dulu Lagi - Nor Albaniah

Advertisement

Tidak dinafikan, penggunaan media sosial sedikit sebanyak membantu penggiat seni dalam meraih populariti selain bertindak sebagai sebuah platform untuk beramah mesra bersama peminat.

View this post on Instagram

A post shared by NORALBANIAH (@noralbaniah)

Meskipun begitu, bagi Noralbaniah, dia tidak begitu gemar untuk mengejar populariti selain tidak bimbang sekiranya peminatnya tidak lagi mengikuti dirinya di laman sosial berkenaan.

Rupa-rupanya bila senyap lama dalam IG tak post gambar, follower lari! Macam tu pulak. Takpe la. Saya bukan nak kejar glamour dan follower. Dalam alam maya ni bukan boleh main kejar-mengejar.

Dia yang kini model aksesori kaca mata ada memuat naik foto terbaru dalam laman Instagramnya, baru-baru ini.

Sekadar info,  Noralbaniah atau nama sebenarnya Nor Albaniah Binti Rafie yang kini berusia 50-an merupakan artis wanita popular sekitar tahun 90-an dahulu.

View this post on Instagram

A post shared by NORALBANIAH (@noralbaniah)

Antara filem terkenal yang pernah dibintangi Noralbaniah adalah seperti Kekasih Awal Dan Akhir serta Jeritan Batinku.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...