Penampilan Saya Memang Seksi Sejak Dulu Lagi – Nor Albaniah

Hiburan

Penampilan Saya Memang Seksi Sejak Dulu Lagi – Nor Albaniah

Sinonim dengan imej seksi sejak mula menceburi industri hiburan sekitar tahun 90 an, pelakon Nor Albaniah yang kini sudah berusia 45 tahun tidak endah akan kritikan anak muda mengenai imejnya itu di Instagram kerana menganggap mereka generasi baharu yang tidak mengenalinya.

Advertisement

Apa yang saya lihat mereka yang kutuk-kutuk saya ini adalah budak baru yang tidak kenal saya pun, saya bukan sekarang ni baru nak seksi. Mungkin emak mereka yang kenal saya lebih tahu penampilan seksi saya sejak dulu lagi.

Saya juga bukan perasan untuk jadi muda seperti yang sering mereka katakan sebaliknya saya sudah biasa berpakaian dengan imej sedemikian.

Malah, beliau tidak merasakan pemakaian beliau itu terlampau seksi dan buat Nor Albaniah apa yang penting adalah keselesaannya.

Tambah, Nor Albaniah lagi beliau sama sekali tidak terjejas dengan komen-komen negatif tersebut  dan hanya akan memadam komen-komen yang diluar batasan sehingga boleh menjatuhkan maruah.

Saya tidak rasa ia seksi kerana dulu pun saya pakai begini tiada pula yang kecam dan pada saya ia normal sahaja. Apa yang saya pakai itu ringkas dan selesa.

Saya okey sahaja orang nak kutuk-kutuk kat Instagram, tidak pernah pun layan dan balas komen mereka kerana tidak mahu berbalah. Tapi kalau ada yang benar-benar melampau saya akan padam kerana tidak mahu orang lain baca dan terpengaruh.

Mungkin ada yang cuba memberikan nasih kepada Nor Albaniah untuk tampil lebih sopan, tetapi jika tuan empunya badan sudah selesa dan tidak rasa beliau perlu berubah apa lagi yang boleh kita cakap bukan?Sumber mStar Online

izie

P.S: Blouse dengan rekaan yang menarik dan sopan di www.iziefashion.com :) Semua produk adalah READY STOCK. FREE POSTAGE bagi order RM100 dan ke atas. Harga dijamin berpatutan dan semua design boleh dilihat di website IzieFashion, Facebook Iziefashion & Instagram IzieFashion ^_^

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...