Pelakon dan juga usahawan, Wawa Zainal memberitahu dia mengalami alahan luar biasa sepanjang kehamilannya yang ke-4 ini.
Wawa berkongsikan pengalamannya itu ketika sesi soal jawab bersama peminat di laman Instagram, baru-baru ini.
Ujar Wawa, alahan kali ini melibatkan bau peti ais dan akan terus muntah selepas membaunya.
View this post on Instagram
Sudah empat kali pregnant, Wawa tak mabuk benda lain. Mabuk kalau buka peti ais je. Kalau buka peti (ais) auto muntah. Dan juga bau bawang.
Dalam pada itu, isteri kepada pelakon Aeril Zafrel ini turut memaklumkan bahawa dia mengalami paras hemoglobin yang rendah dalam darah ketika di awal kehamilan.
Wawa yang kini hamil enam bulan juga sempat memberi tips menaikkan paras hemoglobin dalam darah kepada peminat seperti memakan hati ayam yang digoreng garing memandangkan dia tidak boleh makan organ dalaman haiwan jika tidak dimasak dengan baik.
Terdahulu, Wawa mengumumkan bahawa dia kini sedang hamil anak ke-4 hasil perkahwinannya bersama Aeril Zafrel.
Pasangan ini memiliki tiga orang cahaya mata iaitu Fakhruddin Attar,7, Hayla Maghfiratul Adzkiya,5, dan Ayya Soffiya yang kini berusia setahun.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.