Sedia maklum, sejak selebriti Sarah Hildebrand menukar imejnya kepada penampilan baru tanpa hijab, beliau telah mendapat perhatian ramai.
Bukan saja dikecam kerana tidak lagi bertudung, netizen turut meninggalkan komen-komen negatif selepas dirinya memuat naik gambar yang didakwa agak menjolok mata.
Kembali menjadi bualan warganet, baru-baru ini Sarah ada memuat naik Instagram Story memperlihatkan dirinya sedang marah-marah.
View this post on Instagram
Melihat dari video pendek yang dimuat naik, Sarah mengatakan dirinya benci melihat sesetengah umat Islam secara tiba-tiba menjadi ‘alim’ dan berpusu-pusu ingin membuat kebaikan semasa bulan Ramadan.
Dalam pada masa yang sama, pelakon itu turut berpesan agar tidak hanya menjadi warak semasa bulan Ramadan saja.
F**k off! Leave people alone! Let them do whatever they want!
Tambahannya lagi, dia turut meminta supaya netizen memikirkan diri mereka dan tidak menyibuk hal berkaitan orang lain
Kini, posting video tersebut telah pun tiada di Instagram Story Sarah.