November 20th, 2020

Selepas tindakannya membuka tudung, kini nama pelakon Sarah Hildebrand, seakan mula meraih perhatian netizen sehingga ada yang tampil mencaci maki dirinya atas perbuatan tersebut.

Terbaharu, Sarah khabarnya menempelak seorang netizen yang bertindak meninggalkan komen di salah sebuah posting di Instagram suaminya kerana dilihat kurang senang dengan perbuatan Sarah.

“Suruh isteri anda pakai tudung.. sesiapa yang tidak memakai tudung tak dapat menghidu bau syurga. Isteri anda dah pakai tudung lama, kenapa tiba-tiba tanggal?”

Dalam pada itu, Sarah juga tidak ketinggalan menyeru agar individu itu berhenti menghantar mesej yang kurang tepat tentang dirinya.

“Bagaimana anda tahu bahawa Tuhan tidak akan membimbing saya ke jalan yang benar dan bagaimana anda tahu bahawa saya berada di jalan yang salah?Anda tidak tahu jadi tolong berhenti berceramah seperti anda tahu. Berhenti menghantar mesej yang salah kepada suami saya. Terima kasih… doakan yang terbaik untuk orang lain dan diri sendiri.”

Tidak kurang juga, suaminya Otto memilih untuk bersuara malah turut mengingatkan kepada semua supaya tidak menentukan apa yang harus beliau lakukan.

“Tak perlu beritahu apa saya perlu lakukan!”

Terdahulu, kecoh di media sosial apabila Sarah menyatakan dirinya langsung tidak mahu memaksa sesiapa untuk menyukainya selepas tindakannya menanggalkan hijab.

Sumber: Gempak


Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...