Written by AbangNara | November 25th, 2013

Kalau anda masih ingat, sebelum ini Abang Nara ada kongsikan artikel mengenai Fizz Fairuz yang kononnya akan masuk merisik Almy Nadia. Dikatakan Fizz akan masuk merisik “minggu hadapan” (ketika artikel itu ditulis), namun menerusi Kosmo semalam, dimaklumkan bahawa tiada perkembangan langsung mengenai janji manis yang ditaburkan oleh Fizz itu.

fizz fairuz almy nadia

Adakah janji hanya tinggal janji? Adakah Almy Nadia kecewa sekali lagi? Spekulasi itu dikuatkan lagi apabila Almy Nadia berkongsi status Twitter yang penuh emosi. Tidak tahu sama ada ia ditujukan kepada Fizz atau ada permasalahan lain yang menghantui Almy.

almy nadia

Sukar untuk meneka apakah sebenarnya yang sedang terjadi antara Fizz Fairuz dan Almy Nadia ini. Menurut perancangan yang digembar-gemburkan, mereka berdua akah berkahwin tahun hadapan. Adakah perancangan hanya tinggal perancangan tanpa sebarang perlaksanaan? Atau sememangnya majlis merisik sudah berlangsung cuma Almy dan Fizz tidak mahu berkongsi berita tersebut? Hanya mereka yang ada jawapannya. Sama-samalah kita nantikan.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

44 responses to Fizz Fairuz Masih Belum Masuk Merisik Almy Nadia?

  1. aa says:

    memang minggu lepas status almy ni byk yg mcm sedih jer..tapi 3 hari lepas elok jer tgk dia n fizz comment dekat ig diorg..gambar fizz pegi london…

  2. Biskut says:

    Sebelum ada ape2 ikatan ada baiknya kita diam kan je. belum lagi masuk merisik dh heboh se malaysia ckp akan merisik almy ni tak lama lagi. org smua dok tunggu dh. aku ni bkn islam tp kalau bab2 merisik ni pun kt org diam kan je dan cuma keluarga terdekat je yg tau. andaikata la d kemudian hari jodoh tak smpai, tak ler bingung nk buat PC utk bgtau kat semua org kpg. :P

  3. Purple Girl says:

    Abg nara.. bkn fizz pg ke england ke dgn fizo?

  4. ketam konpius says:

    fizz ni lelaki tulen ke?…mcm tak je…

  5. alaa says:

    fizz dah kawen la sebenonye dgn pompuan yang dia bertunang aritu. takyah harap2 la almy. fizz mata duitan. muahahahaha