Written by AbangNara | November 25th, 2013

Kalau anda masih ingat, sebelum ini Abang Nara ada kongsikan artikel mengenai Fizz Fairuz yang kononnya akan masuk merisik Almy Nadia. Dikatakan Fizz akan masuk merisik “minggu hadapan” (ketika artikel itu ditulis), namun menerusi Kosmo semalam, dimaklumkan bahawa tiada perkembangan langsung mengenai janji manis yang ditaburkan oleh Fizz itu.

fizz fairuz almy nadia

Adakah janji hanya tinggal janji? Adakah Almy Nadia kecewa sekali lagi? Spekulasi itu dikuatkan lagi apabila Almy Nadia berkongsi status Twitter yang penuh emosi. Tidak tahu sama ada ia ditujukan kepada Fizz atau ada permasalahan lain yang menghantui Almy.

almy nadia

Sukar untuk meneka apakah sebenarnya yang sedang terjadi antara Fizz Fairuz dan Almy Nadia ini. Menurut perancangan yang digembar-gemburkan, mereka berdua akah berkahwin tahun hadapan. Adakah perancangan hanya tinggal perancangan tanpa sebarang perlaksanaan? Atau sememangnya majlis merisik sudah berlangsung cuma Almy dan Fizz tidak mahu berkongsi berita tersebut? Hanya mereka yang ada jawapannya. Sama-samalah kita nantikan.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

44 responses to Fizz Fairuz Masih Belum Masuk Merisik Almy Nadia?

  1. hmm says:

    Almy, hati kadang2 sukar melepaskan sesutu yang disayangi pergi. Tapi kalau berkali2 Tuhan menjauhkan kita dari sesuatu hajat itu, membawa kita jauh dari hajat hati itu..membuatkan jalan untuk kita mencapai hajat itu terlalu berliku..

    Mungkin itu caranya Tuhan memberi ilham pada kita.. apa yang kita hajati itu bukan yg terbaik untuk kita. Maka redha dan lepaskanlah biar pun dgn berat hati. Sebab Tuhan pasti ada perancangan yg lebih baik untuk kita..

    Kalau Fizz itu yang menjadi keluh kesah, lepaskan lah. Perempuan yg baik untuk lelaki yg baik insyaAllah..

  2. moskuloskeletal says:

    kalau dah terlalu banyak sgt dugaan,memang susah sgt nk jodoh tu.Buat le solat istiharah n hajat selalu moga diberi petunjuk.Almy kena kuat semangat,jgn tunjuk lemah sgt pada fizz sampai diperkotak katikkan.jgn tunjuk sgt mu tergila-gila sgt kat dia..tu yang dia main tarik tali tu…

  3. […] Fizz Fairuz Masih Belum Masuk Merisik Almy Nadia? (39) […]

  4. […] Fizz Fairuz Masih Belum Masuk Merisik Almy Nadia? (40) […]

  5. […] Fizz Fairuz Masih Belum Masuk Merisik Almy Nadia? (41) […]

  6. […] Fizz Fairuz Masih Belum Masuk Merisik Almy Nadia? (42) […]

  7. […] Fizz Fairuz Masih Belum Masuk Merisik Almy Nadia? (43) […]