Namun, sudah lama juga kami mendengar dakwaan bahawa Fiza sebenarnya merampas suami orang tetapi perkara itu berkali-kali dinafikan oleh Fiza.
Terbaru menerusi ruangan Bipop di Berita Harian, ada sumber yang menegaskan memang Fiza adalah punca rumah tangga kekasihnya itu musnah.
Menurut sumber berkenaan, Fiza menjalinkan hubungan dengan kekasihnya ketika jejaka itu masih lagi bergelar suami orang.
Fiza dan kekasihnya mula berkenalan ketika bertemu didalam pesawat sekitar awal tahun ini. Dek kerana sudah terlalu angau dan mencintai Fiza, juruterbang itu langsung tidak pulang ke rumah.
Malah, ketika bekas isteri jejaka tersebut menghubungi Fiza  untuk mendapatkan jawapan menerusi ruangan komen di Facebook, Fiza seakan tidak mahu melayan komen berkenaan dan bertindak untuk menyekat wanita berkenaan daripada akaun Facebook beliau.
Kecewa dengan sikap suaminya dan hubungan mesra bersama Fiza, wanita itu mengalah dan terpaksa meminta cerai kerana tidak mahu masalah tersebut berpanjangan.
Meskipun terluka, wanita itu tetap mendoakan kebahagiaan Fiza bersama bekas suaminya itu.
Ermhh, kami tidak tahu jika berita ini benar ataupun tidak,tetapi apa gunanya kalau hubungan itu dicipta daripada derita orang lain bukan? Hidup ini umpama roda yang berputar, kita tidak tahu pula nasib kita bagaimana di masa hadapan. Apa-apapun, kita nantikan penjelasan daripada pihak Fiza Halim nanti. Apa reaksi beliau agaknya..