Fiza Halim Buat Laporan Polis, Minta Netizen ‘Kaki Kecam’ Siap Sedia Disiasat

Hiburan

Fiza Halim Buat Laporan Polis, Minta Netizen ‘Kaki Kecam’ Siap Sedia Disiasat

Tiada angin tiada ribut tiba-tiba tular satu perkongsian di Twitter mendakwa pelakon, Fiza Halim seorang ‘kaki sondol’ dan pemusnah rumah tangga orang. Tidak cukup dengan itu, individu dipercayai bekas adik iparnya turut mendakwa Fiza mata duitan.

Fiza Halim
1 year lalu

Digelar Kaki Sondol Dan Mata Duitan, Bekas Adik Ipar Dedah Perangai Fiza Halim

Advertisement

Selepas beberapa hari mendiamkan diri. Fiza akhirnya tampil memaklumkan laporan mengenai tuduhan telah dibuat. Malah, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang meninjau komen dan mesej berunsur aib dan hinaan di akaun Instagramnya.

Apa yang boleh saya bagitahu kat sini, selama 4 hari ni saya berdiam diri tak nak ulas apa-apa sebab pihak polis mengarahkan saya supaya tidak membalas atau menjawab apa-apa pertanyaan. Ini kerana segala DM, comment yang saya dapat selama 4 hari ni telah dipantau oleh pihak SKMM dan jugak pihak polis. Semua masih lagi dalam siasatan. Account saya ni dah pun dirujuk ke bahagian pihak yang berwajib.

Ujar Fiza, dia dinasihatkan untuk berdiam diri tanpa sebarang ulasan kerana semuanya masih dalam siasatan pihak berwajib. Fiza turut berpesan kepada individu yang pernah meninggalkan komen atau mesej berunsur hinaan supaya bersiap sedia untuk disoal siasat.

Fiza Halim

Untuk pengetahuan semua, segala DM dan komen berbentuk aib, hinaan, cacian & makian selama 4 hari yang saya dapat ni dah pun sampai ke pihak SKMM. Jadi bersiap sedia lah ya semua yang pernah hantar DM dan komen ke saya akan di soal siasat. Tak mau cakap banyak, kita tunggu dan lihat saja… #staycalm#staysafe#pdrm

Di ruangan komen, peminat dan rakan artis dilihat memberi sokongan padu di atas tindakan matang pelakon berusia 43 tahun itu. Mereka turut mendoakan agar urusannya dipermudahkan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Fiza Halim

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

4 Comments

  1. Anonymous

    July 12, 2021 at 2:24 pm

    kesian pdrm sekarang kena siasat byk sgt kes bodoh mcmni. byk lagi keje pdrm nak kene buat tapi terpaksa melayan benda2 yg buang masa.

  2. sajat susu sejat

    July 12, 2021 at 11:39 am

    org cantik selalu dicemburui…. ksian jd org cantik kan?aaaaagitewwwwwwwwwwwwwwwwww

  3. vmdf

    July 12, 2021 at 7:57 am

    FH ni sejenis artis yg wujud tak dicari.. hilang tak dirindui.. takde sumbangan pd industri.. hnya baik dgn kontroversi

  4. Anonymous

    July 11, 2021 at 7:48 pm

    Polis free sgt nak ambik tahu hal ko ..

Loading...