Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Digelar Kaki Sondol Dan Mata Duitan, Bekas Adik Ipar Dedah Perangai Fiza Halim

Fiza Halim

Kembali memegang status ibu tunggal, Fiza Halim sebelum ini telah mengaku bercerai buat kali ketiga pada 22 Julai tahun lalu.

Advertisement

Meskipun agak lama masa diambil buat pelakon wanita ini untuk mendedahkan perkara sebenar, Fiza walaubagaimanapun reda apabila jodohnya bersama juruterbang, Aizat Al Jefri itu tidak berpanjangan meskipun hanya 4 tahun berumah tangga.

Fiza AizatSumber : Google  

Terbaru, muncul pula dakwaan daripada seorang wanita yang dikatakan bekas adik ipar Fiza yang mendedahkan punca sebenar abangnya dan pelakon jelita itu bercerai.

Dikenali sebagai Afrina, Fiza atau nama sebenarnya Siti Zaidatul Fiza Binti Abd. Halim sebenarnya menjalin cinta dengan abangnya yang ketika itu masih bersuami orang.

Fiza HaliimSumber : Twitter Afrina Farzana  

Perkara tersebut didedahkan Afrina menerusi sebuah rangkaian twit di laman Twitter dan juga Instagram Stories, kelmarin.

Advertisement

Malah, menurut wanita itu lagi, Fiza juga digambarkan sebagai seorang yang suka mengikis duit dan tidak menghormati keluarga bekas suaminya itu.

FizaSumber : Instagram Afrina  
FizaSumber : Instagram Afrina  
FizaSumber : Instagram Afrina  

Ujar Afrina lagi, Fiza juga banyak mengeluh dan memburukkan suami sendiri ketika Aizat tidak dapat bekerja selama 3 bulan gara-gara pandemik yang melanda dunia sejak beberapa tahun lalu.

Meskipun berita ini mula menjadi tular dalam kalangan netizen, Fiza dilihat masih belum tampil memberi respon mengenai isu ini.

 

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

6 Comments

  1. anon2000

    July 12, 2021 at 10:21 am

    berdasarkan tulisan ko ni je aku dah tau ni jenis family bangang yang suka kikis harta anak lelaki sendiri. woi tu rumah abang ko, means dia dah keluarkan down payment besar yang ko sendiri cakap harga faham2 lah ye? kalau ye pun abang ko tak mampu nak bayar bukan bermakna korang boleh pindah masuk rumah tu. korang ni family gila ke apa? aku dah agak dah sth wrong ngan ko ni bila ko kata korang duduk ramai2 dalam rumah keluarga besar tu. FH you dengan family u tolong keluar dari rumah abang you. jangan perangai macam katak pisang

  2. Ilaaa

    July 10, 2021 at 10:28 pm

    To AbamJago, aku syak abg dia tak mampu bayar rumah yg abg dia beli tu. Maybe mak dia yg tolong bayarkan rumah tu… alang2 tolong bayarkan rumah, tu yg dorang duduk terusss. Maybe abang dia suruh? Huhu tp aku rasa family ex husband Fiza ni kayooo

  3. paaadaaaaaannnnnnn

    July 10, 2021 at 9:06 pm

    to fiza.. ni bahagian ko laa slps duk brp kali kacau rmhtangga org

    to en pilot… U DESERVE THISSSS!!! apa rasa kne pergunakan dgn pompuan kaki kikis? smpai sanggup buang anak bini demi janda khennnn

  4. Ibu Peri Sajadiah

    July 10, 2021 at 2:58 pm

    setuju 100% dengan ko abam jago. aku baca ni pun menyampah, sikit pun tak cakap abang dia bodoh. padahal sama je.

  5. AbamJago

    July 10, 2021 at 2:30 pm

    kalau betul fiza sondol laki org . yep itu salah dia.. tapi abang kau pun salah ye. kenapa perempuan suka salahkan kaki sondol 100% ya? aku tengok pun pelik. Abang dia pun salah sebab dah tahu ade bini tapi menggatal dengan fiza tu kenapa? part ni abang kau n fiza dua2 SALAH. KEDUA, kenapa rumah abang dia tapi keluarga abang dia yang duduk padahal keluarga dia ade lagi 2 buah rumah? eh pelik aku. Abang kau dah ade rumah sendiri tapi kena sewa rumah lain sebab family kau dah duduk rumah dia? adududuiiii.. sepatutnya harta abang kau so suka hati abang kau la nak buat apa. KETIGA, part fiza kaki kikis? hahahhaa aku pun benci dengan kaki kikis ni. Sebab tu bila pilih jodoh, kita kena siasat la partner kita tu nak apa sebenarnya. Senang cerita dua2 pihak salah.

    • Yatt

      July 24, 2021 at 11:20 am

      Setuju Abg Jago

      Nak kawin tapi tak mind prepare for life after married. Baik lelaki baik yg pompuan. Asal lawa je yg test market engkau, anak bini pun ko sanggup tinggal. Baik ke tu? Yg pompuan pulak, asal dengar pilot je, ko pun dah mendabik dada ada partner pilot. Tak semua pilot kaya dik. Engkau tu dah few time kawin, x kan x learn from previous experience. Mudah naw tertipu pada zahirnya saja… jadi, yg laki tak sedar diri, yg pompuan tak tau malu. Ok bai

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top