Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Fiza Halim Pening Kepala Bila Dilamar VIP Berstatus Duda

Orang perempuan selalunya mesti berangan nak kahwin dengan anak raja kan? Biasalah tu, siapa taknak hidup bersama dengan anak raja yang hensem dan kaya raya kan? Tapi lain pula ceritanya dengan bekas anggota kumpulan Elite, Fiza Halim yang mendakwa sedang bingung apabila dilamar seorang VIP.

Advertisement

Fiza yang sudah tiga kali gagal dalam perkahwinan mendedahkan perkara ini apabila seorang kenamaan berstatus duda mahu melamarnya menjadi isteri.

Jujur saya masih berkira-kira dalam hal mencari pengganti. Saya kena berfikir panjang soal masa depan.

Siapa yang tidak serik berkahwin dan berpisah. Tiga kali saya lalui perkara ini di mana tidak semua orang sanggup terima. Saya bimbang salah percaturan, takkan hendak melalui fasa sama. Berkahwin, ada anak dan kemudian jadi janda. Minta simpang perkara itu terjadi lagi. – Katanya.

Fiza Halim yang dihubungi BH Online turut menyatakan dia juga tidak mahu dikecam lagi. Ogos depan Fiza akan menyambut hari lahirnya yang ke-40 dan dia sudah tidak mahu main-main lagi termasuk soal cinta.

 

Dalam konteks ini, bukan soal materialistik atau mata duitan, tapi lebih realistik. Jadi, istilah pisau cukur itu tidak sesuai digunakan atau perlu dilihat dalam skop yang lebih jauh. Tidak semestinya cari lelaki berada sebab hendak kikis duit. – Ulasnya lagi.

Bagaimanapun, Fiza kini tidak terfikir lagi untuk menerima tawaran berlakon dalam situasi wabak pandemik Covid-19 dan hanya mendapatkan ulasan berbayar produk di Instagram serta bersedia untuk menjadi duta produk.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

5 Comments

  1. sajat susu sejat

    July 5, 2021 at 1:36 pm

    fiza cantik, anak pun cantik.. aagitewwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwww!!!

  2. Shf

    July 5, 2021 at 10:09 am

    Fiza ni cntik. Tp klu smpi dh 3x kwin cerai.sndri kene check hati. Sbb apa? Sbb dh 3x. Jodoh tu rhsia Allah. Istiqarah dlu, mnta diberi jodoh yg baik2 dan yg pntg berubah diri mnjd lbh baik. InsyaAllah baik kita, baiklah psgn kita.

  3. cvfdk

    July 5, 2021 at 9:37 am

    yg pnting, henti sikap ganggu rmhtngga org. kifarah pasti datang. lihat lah brp rmhtgga yg kau dh rosakkan!

    • Anonymous

      July 5, 2021 at 9:57 am

      dia ni pandai berlakon maka berapa kali sdh buat org cerai berai.
      apa ilmu dia pakai ya

  4. anonymous

    July 5, 2021 at 8:54 am

    cantik menawan

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top