Tiada angin tiada ribut tiba-tiba tular satu perkongsian di Twitter mendakwa pelakon, Fiza Halim seorang ‘kaki sondol’ dan pemusnah rumah tangga orang. Tidak cukup dengan itu, individu dipercayai bekas adik iparnya turut mendakwa Fiza mata duitan.
Selepas beberapa hari mendiamkan diri. Fiza akhirnya tampil memaklumkan laporan mengenai tuduhan telah dibuat. Malah, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang meninjau komen dan mesej berunsur aib dan hinaan di akaun Instagramnya.
View this post on Instagram
Apa yang boleh saya bagitahu kat sini, selama 4 hari ni saya berdiam diri tak nak ulas apa-apa sebab pihak polis mengarahkan saya supaya tidak membalas atau menjawab apa-apa pertanyaan. Ini kerana segala DM, comment yang saya dapat selama 4 hari ni telah dipantau oleh pihak SKMM dan jugak pihak polis. Semua masih lagi dalam siasatan. Account saya ni dah pun dirujuk ke bahagian pihak yang berwajib.
Ujar Fiza, dia dinasihatkan untuk berdiam diri tanpa sebarang ulasan kerana semuanya masih dalam siasatan pihak berwajib. Fiza turut berpesan kepada individu yang pernah meninggalkan komen atau mesej berunsur hinaan supaya bersiap sedia untuk disoal siasat.
Untuk pengetahuan semua, segala DM dan komen berbentuk aib, hinaan, cacian & makian selama 4 hari yang saya dapat ni dah pun sampai ke pihak SKMM. Jadi bersiap sedia lah ya semua yang pernah hantar DM dan komen ke saya akan di soal siasat. Tak mau cakap banyak, kita tunggu dan lihat saja… #staycalm#staysafe#pdrm
Di ruangan komen, peminat dan rakan artis dilihat memberi sokongan padu di atas tindakan matang pelakon berusia 43 tahun itu. Mereka turut mendoakan agar urusannya dipermudahkan.