Usaha Fiza Elite dan Adam AF yang merujuk selepas cerai kali pertama demi mempertahankan rumah tangga mereka tidak kesampaian apabila Fiza semalam mengesahkan mereka sudah bercerai buat kali kedua pada hujung tahun lepas.
Jelas Fiza, mereka hanya bahagia selama dua bulan sahaja selepas merujuk semula dan kemudiannya rumah tangga mereka tidak pernah aman serta sering bergaduh. Mereka pernah tidur berlainan bilik selama setahun sebelum membuat keputusan untuk berpisah.
Buat Fiza beliau tidak sanggup lagi berpura-pura bahagia dan sudah cuba yang terbaik demi rumah tangga mereka.
Sebenarnya, selepas kami rujuk semula pada Julai 2014, hanya dua bulan sahaja kami bahagia. Tiga bulan kemudian, keadaan kami kembali macam dulu juga, selalu bergaduh. Hidup terus bermasalah terutamanya apabila bercakap dalam soal kewangan rumah tangga.
Saya tidak tahan lagi hidup sebegitu dan berpura-pura bahagia. Akhirnya saya buat keputusan yang kami tidak lagi boleh hidup bersama pada hujung tahun 2015 yang lalu.
Tambah Fiza, beliau sudah redha dengan ketentuan takdir buat dirinya dan kini mahu fokus membesarkan anak-anak beliau selain mula aktif semula dalam bidang seni.
Saya punya banyak tanggungjawab, termasuklah kepada keluarga. Saya perlu terus bekerja bagi menampung keperluan hidup dan keluarga. Saya harap kemunculan semula saya dalam dunia lakonan akan membawa rezeki yang baik selepas tidak lagi berhadapan dengan masalah peribadi seperti sebelum ini.
Hati wanita ini memang lembut, tetapi jika dilukakan berkali-kali pasti ia akan meninggalkan kesan yang dalam. Penceraian mungkin jalan terbaik buat Fiza Elite dan Adam, kerana tiada gunanya hidup sebagai suami isteri jika sering bergaduh dan tiada persefahaman lagi.