Filem Aku Terima Nikahnya Tiru Filem The Vow?

Hiburan

Filem Aku Terima Nikahnya Tiru Filem The Vow?

Baru semalam Abang Nara keluarkan entri berkaitan filem terbitan MIG yang terbaru iaitu Aku Terima Nikahnya, sudah ada orang yang bertanya adakah filem ini meniru sebuah filem Hollywood yang bertajuk The Vow. Setelah membaca email tersebut, bagi Abang Nara, kedua-dua filem ini memang ada persamaan yang agak ketara. Namun kemungkinan besar filem Aku Terima Nikahnya digarap untuk lebih menepati cita rasa rakyat Malaysia.
aku terima nikahnnya

Berikut ialah sinopsis tentang filem The Vow berdasarkan email yang diterima:-

Advertisement

The Vow (2012-now) lakonan Channing Tatum (Leo) dan Rachel McAdams (Paige) and directed by Michael Sucsy
A husband endeavors to win back his new bride’s heart after she loses her memory in a tragic car accident.

When she is finally transitioned out of her coma, Leo is heartbroken to learn that his wife no longer remembers him. In fact, Paige does not remember (suffer Amnesia) any of the recent years in her life — her life as Leo’s wife, or as an independent artist who severed ties with her family.

When Leo realizes that his wife may never remember him, he adheres to more drastic measures. He decides he has to make his wife fall in love with him all over again.

Notes: Based on a true story about a couple — Kim and Krickitt Carpenter — and dates from 1993, two months after their marriage, when their car was hit from behind by a truck.

Dan ini pula sinopsis filem Aku Terima Nikahnya:-

Aku Terima Nikahnya (end 2012) lakonan Adi Putra dan Nora Danish and diarahkan oleh Eyra Rahman
Mengisahkan kepayahan dan ketabahan seorang isteri yang setia, kehidupan bahagia Arlisa (Nora) serta Johan (Adi Putra) ditimpa dugaan selepas Johan terbabit dalam nahas jalan raya. Akibat kemalangan itu, Johan disahkan hilang ingatan kerana menghadapi Selective Amnesia menambah lagi kerumitan kepada Arlisa. Tidak mahu berputus asa, Arlisa menguatkan semangatnya untuk berusaha menjaga Johan walaupun kini dia langsung tidak diingati suaminya itu

Menurut pengirim email perbezaan kedua-dua filem ini ialah cuma individu yang hilang ingatan – The Vow – the wife manakala Aku Terima Nikahnya – the husband. Manakalah plot cerita adalah sama 100%. Mungkinkah ini satu kebetulan atau sememangnya filem Aku Terima Nikahnya mengambil inspirasi daripada filem The Vow?

Sama-sama kita nantikan penjelasan daripada pihak MIG yang terlibat menerbitkan filem ini. Apa pun, Abang Nara confirm akan pergi tengok filem Aku Terima Nikahnya sebab ada Nora Danish. Hahaha.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...