October 19th, 2015

Setelah tiga tahun hidup dengan seorang isteri di sisi serta anak tercinta, Fezrul Khan akui beliau ada merasa sedikit murung selepas bercerai dengan isterinya Noorhafizah Zulkafli sekitar bulan Ogos lepas.

Kehidupan saya selepas bercerai okey sahaja. Bagaimanapun saya tidak boleh duduk bersendirian kerana akan selalu memikirkan perkara tersebut.

Advertisement

Mujur ada keluarga dan rakan-rakan terdekat yang sentiasa memberi semangat. Selain itu saya banyak bersenam sebagai langkah untuk mengurangkan tekanan dan kemurungan.

Enggan menjelaskan punca sebenar mereka berpisah, Fezrul bagaimanapun memberitahu beliau tidak serik untuk bercinta semula di masa hadapan.

Saya tidak rasa serik untuk bercinta semula. Semuanya terserah kepada Yang Maha Esa. Bukan semua yang kita mahu akan tercapai. Jadi saya tidak berani bercakap soal jodoh.

Sekuat mana pun lelaki itu, kalau sudah terbiasa dengan kehadiran seorang perempuan bernama isteri sebelum ini pasti mereka akan merasa sedikit kehilangan jika bercerai. Apa-apa pun kita tidak boleh putar kembali masa dan mungkin sudah takdir bahawa jodoh mereka hanya sekejap sahaja.

Sumber Berita: Mangga Online

Advertisement

Comments are closed.

Loading...