August 20th, 2015

Pelakon Fezrul Khan mengesahkan beliau sudah bercerai  talak satu dengan isterinya Noorhafizah Zulkafli di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat pada hari Rabu.

Walaubagaimanapun, buat masa ini Fezrul masih belum selesa membicarakan soal tersebut dengan lebih lagi kepada umum. Buat masa ini beliau masih sibuk menjalani penggambaran sebuah drama  yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.

Hmmm… Ya. Sejak semalam (bercerai) di Mahkamah Hulu Langat. Selebihnya saya tidak boleh bercakap sekarang. Saya belum bersedia.

Fezrul Khan dan Noorhafizah telah mendirikan rumah tangga pada 5 Mei 2012. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak lelaki Farrel Khan yang kini sudah berusia dua tahun.

Sedih juga kami mendengar berita ini,mungkin jodoh mereka sudah sampai di sini sahaja. Apa yang penting jangan pernah lupa tanggungjawab kepada anak dan buatkan dia rasa dikasihi oleh kedua ibu bapanya meskipun kalian sudah berpisah.

Sumber Berita: mStar Online


Comments are closed.

Loading...