May 15th, 2014

Ingat lagi tak artikel mengenai patung KAX yang pernah Abang Nara tulis satu ketika dahulu? Ala, yang sentiasa ada di sisi menemani para selebriti tempatan seperti Najwa Latif, Fizo Omar, Yana Samsudin dan ramai lagi tue. Ha, akhirnya segala persoalan mengenai patung KAX terjawab sudah apabila Abang Nara menghadiri majlis pelancarannya baru-baru ini.

patung kax

Rupa-rupanya patung-patung KAX edisi terhad ini dilancarkan oleh Xpax bersempena dengan demam bola sepak yang akan melanda seluruh dunia pada bulan Jun ini. Untuk mendapatkan salah satu daripada 8 patung KAX comel ini, anda hanya perlu melanggan servis Xpax bermula 29 April sehingga 31 Ogos ini. Kesemua patung KAX ini menyarung jersi bola sepak negara yang berlainan.

patung kax

Apa yang menariknya, kesemua 8 patung KAX ini mempunyai nama dan personaliti yang berbeza. Ada Romeo (jersi Netherlands), Harley (jersi Spain), Jasper (jersi Argentina), Peachy (jersi England), Mia (jersi Itali), Dolly (jersi Brazil), Foxy (jersi Portugal) dan Joey (jersi Germany). Kesemuanya comel-comel dan ada daya tarikan yang tersendiri. Kalau ikutkan hati, Abang Nara nak kumpul kelapan-lapan patung KAX ini untuk disimpan menjadi koleksi.

kax

Selain Romeo yang pandai memikat hati para wanita (macam Abang Nara), personaliti Harley yang sukakan cabaran memang amat sesuai untuk jejaka-jejaka lasak di luar sana. Kalau untuk remaja-remaja perempuan, Mia yang spontan dan sentiasa gembira tersangatlah comel. Kalau anda jenis wanita yang suka bergaya, mungkin Foxy yang sentiasa tampak anggun adalah sesuai untuk anda. Abang Nara yakin akan ada patung KAX yang sesuai dengan personaliti anda.

Ok korang mesti dah tak sabar nak tahu cara untuk dapatkan patung-patung comel KAX ini kan? Senang je caranya. Pertama-tamanya kalau tak ada Xpax, korang kenalah pergi cawangan Celcom terdekat untuk melanggannya terlebih dahulu. Kalau dah ada, cuma perlu melanggan salah satu pakej Xpax di bawah (minimum RM7 seminggu).

patung kax

Bila dah langgan, korang akan dapat satu “code” yang boleh digunakan untuk menebus patung KAX di cawangan Celcom terpilih. Senang je kan? Banyak lagi informasi dan maklumat mengenai patung KAX ini yang boleh korang tahu dengan melayari laman web www.kax.com.my. Jom kita lumba siapa yang lagi cepat dapat kumpulkan kesemua 8 patung KAX.


Comments are closed.

Loading...