Fendy Caliph Buskers Akhirnya Dapat Rumah PPR, Setahun Sewa Dikecualikan

Hiburan

Fendy Caliph Buskers Akhirnya Dapat Rumah PPR, Setahun Sewa Dikecualikan

Anggota kumpulan Caliph Buskers, Fendy Adlun yang sebelum ini mendedahkan bahawa dia masih belum mendapat rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) seperti dijanjikan sebuah kementerian akhirnya dapat menarik nafas lega.

Fendy Caliph Busker dan anaknya
3 years ago

"Rumah DBKL Yang Saya Harapkan Tak Tahu Statusnya Macam Mana" - Fendy Caliph Busker

Advertisement

Ini berikutan penantiannya selama hampir tujuh tahun itu akhirnya tercapai apabila dia telah menerima surat tawaran mendiami PPR Taman Mulia, Bandar Tun Razak, semalam.

Ujar Fendi lagi, dia turut bersyukur apabila kediamannya itu berada di lokasi yang berdekatan dengan kemudahan awam seperti transit aliran ringan (LRT) dan beberapa kemudahan lain.

Sudah tujuh tahun saya pohon. Akhirnya mendapat perhatian malah lebih mengharukan apabila dihubungi menteri sendiri yang bertanyakan keadaan kami dan semalam berpeluang pula bertemu beliau.

Difahamkan, dokumen tawaran menduduki PPR berkenaan telah diserahkan kepada Fendy oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa.

Lebih manis, Annuar Musa menerusi sebuah twit di laman Twitternya turut menyatakan kesediaan untuk membantu menyelesaikan sewa rumah berkenaan selama tempoh setahun.

Terdahulu, tular video Fendy yang juga merupakan bapa tunggal kepada seorang anak perempuan, Nur Azalea Zafirah,6, memohon agar Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk mempercepatkan proses permohonannya mendapatkan rumah PPR berikutan dia yang kini kesempitan hidup kerana tidak mampu lagi membayar sewa rumah yang didudukinya kini.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...