Berita perceraian Fizi Ali dan aktres Shakilla Khoriri ternyata mengejutkan ramai pihak termasuk rakan penyampai radio Suria FM, Feeya Iskandar.
Feeya mengakui tidak dapat menahan sebak ketika membaca perkongsian yang dimuat naik oleh Fizi menerusi Instagram miliknya mengenai berita perpisahan tersebut.
Kita sebagai kawan, dah bertahun kerja sama. Apabila tengok Meena (anak Fizi) dan lihat mereka happy family tapi apa yang terjadi pasti ada hikmah disebaliknya.
Menurut Feeya, jika hendak cakap tentang janji, kita pastinya pernah janji hendak setia dengan pasangan sampai bila-bila tetapi kita tidak tahu apa yang akan terjadi di masa hadapan.
Feeya atau nama sebenarnya Nor Shafiza Iskandar Azizan turut mengakui yang dia berasa sedih dengan berita perpisahan tersebut namun masih mendoakan mereka supaya terus kuat.
Dalam pada itu, Feeya turut memuji Fizi dan Shakilla kerana tetap mengutamakan anak mereka walau apa pun yang sudah terjadi kepada hubungan mereka berdua.
Kadang-kadang Allah uji, kita doakan mereka terus kuat. Tapi baguslah, tak ada gaduh-gaduh. Sama-sama jaga anak walaupun dah tak bersama.
Ujar Feeya lagi, dia meminta orang ramai supaya terus mendoakan yang baik-baik sahaja untuk Fizi, Shakilla dan anak mereka.
Sekadar info, Fizi sebelum ini mendedahkan dia dan Shakilla sudah mengambil keputusan untuk berpisah selepas tiga tahun hidup bersama menerusi laman Instagramnya.