Pelakon popular Fazura ungkap rasa terkejut apabila namanya trending nombor satu di platform media sosial Twitter dan tidak tahu apa puncanya sehingga dimaklumkan oleh rakan-rakan sebab disebaliknya dirinya trending di Twitter lalu memeriksa perkara tersebut sendiri.
Oleh kerana isu yang dilanda oleh pengacara dan usahawan terkenal Neelofa secara tidak langsung nama Fazura juga telah berkait sehingga nama Fazura disebut orang ramai di Twitter.
Katanya ketika ditemubual dengan Gempak,
Sejujurnya, semalam seharian saya cuti dan memang sibuk menjaga Fatima di rumah dan tak tengok sangat telefon. Saya terkejut bila diberitahu nama saya trending di Twitter.
Fazura juga berkata dia ingatkan dirinya trending kerana salah satu ciapannya yang bercakap tentang lemang adalah punca dia trending kerana dijadikan sebagai bahan jenaka.
Salam Darlings! Faz teringin nak order lemang untuk Raya ni. Boleh minta tolong suggest kat mana yang sedap? Faz suka yang lembut and rasa lemak masin macam tu.. hehe :) Thank you in advance darlings ???
— Nur Fazura (@missfazura) April 27, 2021
Namun sebab utama Fazura trending di Twitter kerana netizen berasa marah dengan isu kadar hukuman denda yang dikena oleh Neelofa kerana melanggar prosedur operasi standard Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat.