Didakwa Sindir Peniaga Burger Viral, Neelofa Terkilan, Bantu Bayarkan Denda RM50,000

Hiburan

Didakwa Sindir Peniaga Burger Viral, Neelofa Terkilan, Bantu Bayarkan Denda RM50,000

Hangat nampaknya kisah mengenai selebriti terkenal Neelofa dan suami, Haris Ismail daripada isu pelanggaran SOP ketika majlis perkahwinan sehinggalah kompaun yang dikenakan atas kesalahan tersebut yang diumumkan pihak polis, semalam.

Terbaru, muncul pula dakwaan netizen yang mengatakan Neelofa seolah-olah menyindir seorang peniaga burger di Kota Bahru, Kelantan yang dikenakan kompaun RM50,000 oleh polis gara-gara berniaga melebihi had masa yang ditetapkan.

Advertisement
NeelofaSumber : Instagram Neelofa  

Ini berikutan pengasas tudung jenama Naelofar itu telah memuat naik gambar burger di Instagram Story miliknya dengan kapsyen ‘moreh burger malam ni meh’.

Neelofa burgerSumber : Instagram Neelofa  

Difahamkan, gambar tersebut dimuat naik usai kenyataan dibuat mengenai denda yang dikenakan terhadap dirinya dan suami serta 20 anggota keluarganya yang lain kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) PKPB.

Jelas Neelofa, dia memuat naik gambar burger itu kerana berniat untuk membantu peniaga terbabit.

Neelofa burgerSumber : Instagram Neelofa  
Neelofa BurgerSumber : Instagram Neelofa  

Perkara itu dijelaskan selebriti berkenaan menerusi satu hantaran terbaru di Insta Story untuk tatapan dan juga pengetahuan peminat serta pengikut media sosialnya agar tiada lagi salah faham berlaku.

Meninjau ruangan media sosial, ada netizen tampil meluahkan rasa puas hati dengan keputusan pihak berkuasa mengeluarkan kompaun bernilai RM60,000 kepada Neelofa dan keluarga namun ada juga yang menyifatkan mereka ini daripada keluarga ‘kayangan’ dan tiada istilah masalah kewangan untuk menyelesaikan denda sebanyak itu.

“Tak ada apa yang boleh ubah apa-apa pun, kau orang ada duit.Family kau semua duduk dekat-dekat, kami ni tak ada duit kebahagiaan kami adalah berhimpun, bergembira masa puasa dan raya..” tulis seorang warganet berhubung kes tersebut.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...