Fazura Perlu Jawab Semua Pertanyaan Untuk Elak Fitnah – Imam Muda Asyraf

Hiburan

Fazura Perlu Jawab Semua Pertanyaan Untuk Elak Fitnah – Imam Muda Asyraf

Kontroversi gambar selfie oleh Nur Fazura dengan seekor anjing telah menjadi perbualan ramai semalam. Setelah ramai mengeluarkan pendapat masing-masing, akhirnya Imam Muda Asyraf telah tampil bersuara untuk menjelaskan perkara ini. Sekali sekala dengar daripada yang pakar memang lain jawapannya. Menurut Imam Muda Asyraf, Fazura tidak melakukan kesalahan bergambar dengan anjing tersebut jika tidak memegangnya.

imam muda asyraf

Advertisement

Namun menurut Imam Muda Asyraf, Fazura perlu menjawab semua pertanyaan daripada peminatnya untuk mengelakkan fitnah. Malah Imam Muda Asyraf turut menasihati para selebriti agar berfikir tentang implikasi sebarang gambar yang mahu dikongsikan di laman sosial. Terang Imam Muda Asyraf:-

Dalam hal ini, kalau dia yakin dan pasti dia tidak pegang haiwan itu, ia tidak menjadi satu kesalahan…Namun, jika gambar yang dimuat naik itu menimbulkan pertanyaan, dia perlu jawab semua pertanyaan tersebut…Tujuannya untuk mengelak kekeliruan dan fitnah.

Memang daripada gambar tidak nampak bersentuhan dan ramai mungkin tidak tahu situasi sebenarnya…Jadi, dia harus menerangkan agar pengikut di laman sosialnya benar-benar faham.

Oleh itu sebelum bertindak memuat naik sebarang gambar, fikir dulu baik dan buruk perkara tersebut serta implikasinya. Tambahan pula pada masa kini dengan kewujudan media sosial dan ‘keyboard warrior’, ia mungkin dikaitkan dengan perkara yang menyentuh sensitiviti

fazura

Diharap dengan penjelasan ini, kita turut sama mengambil iktibar daripada apa yang terjadi. Senang cerita kalau tak mahu dihimpit kontroversi, sebelum upload gambar di Instagram tue, fikir 2,3 kali dulu. Namun apa yang dilakukan oleh Fazura bukanlah satu kesalahan. Terima kasih Imam Muda Asyraf atas penjelasan ini. Sumber AstroGempak.

imam muda asyraf

P.S: Hapuskan buncit! Cara terpantas keluarkan semua toksin, lebihan minyak, lemak dalam badan dengan Panacea DR.BURN! Hanya KEMAM & KURUS. Ramai dah berjaya kurus dengan mudah. Tak rugi mencuba.DR.BURN, slimming detox untuk penjagaan usus dan berat badan. Lihat testimoni di FB: Panacea Beauty Official atau layari wesite www.panaceabeauty.com.my

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...