Sebelum ini, Fazura pernah membuat pengakuan bahawa beliau selesa bersama Taufik Batisah dan menanggap penyanyi kelahiran Singapura itu seorang lelaki yang bijak.
Susulan pengakuan tersebut, timbul pula gosip hangat yang sedang diperkatakan di Internet bahawa Fazura sudah dilamar oleh Taufik Batisah. Berita ini mula disebarkan oleh seorang individu bernama Sabrina yang mendakwa beliau adalah sepupu kepada aktres tersebut.
Walaubagaimanapun, Fazura dalam Tweet beliau telah menafikan telah dirisik atau bertunang dengan Taufik Batisah. Heroin filem Manisnya Cinta Di Cappadocia itu turut menyatakan beliau tidak mempunyai sepupu bernama Sabrina dan ia hanyalah fitnah semata-mata.
Wah, hangat sungguh kan nama Fazura beberapa minggu ni baik daripada kontroversi beliau di Maharaja Lawak Mega 2014 atas kritikan kepada kumpulan Virus sehinggalah kisah percintaan beliau. Macam-macam cara bukan untuk seseorang itu mendapat perhatian ramai. Tapi tidak salah jika Fazura dan Taufik Batisah hendak bercinta sekalipun. Sesuai ke idak? Apa pendapat anda.
Sumber Berita: OHBULAN!