Fazura Akui Selesa Bersama Taufik Batisah

Hiburan

Fazura Akui Selesa Bersama Taufik Batisah

Aktres popular Fazura memilih untuk meluahkan rasa hati beliau yang mengakui selesa berkawan dengan penyanyi kelahiran Singapura, Taufik Batisah.
Fazura turut menyifatkan Taufik sebagai seorang lelaki yang bijak tetapi pada masa yang menjelaskan mereka sudah mengenali di antara satu sama lain sebelum ini dan tidak lebih daripada kenalan rapat.

Berganding sebagai juri bagi pertandingan Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014) mereka kelihatan lebih rapat.

Advertisement

Memang sejak dari dulu lagi kami memang berkawan baik tetapi hubungan rapat kami tidaklah sampai selalu bermesej. Kalau berjumpa pun sekadar bertegur sapa dan berbual tentang perkembangan masing-masing.

Sekarang ini, mungkin kami nampak lebih rapat sebab setiap minggu kami sebagai juri Maharaja Lawak Mega (MLM). Saya suka berkawan dengannya kerana dia seorang yang bijak dan saya sukakan lelaki bijak.

Fazura juga sering memuat naik foto beliau dan Taufik di akaun Instagram miliknya dan peminat berpendapat mereka kelihatan serasi bersama.

Bertuah jika pelakon jelita Fazura meminati seseorang lelaki tu. Mungkin kini mereka berkawan rapat, siapa tahu jika mereka diberikan peluang untuk bercinta bukan? Seorang lagi handsome dan seorang lagi cukup anggun, memang sepadanlah.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...