Kontroversi melibatkan Faye Kusairi, Azmi Hatta dan Elly Mazlein antara yang cukup hangat diperkatakan dan mendapat liputan meluas daripada pihak media juga. Iyalah, ramai yang simpati dengan nasib Elly yang ditinggalkan suami ketika beliau masih hamil anak pertama mereka. Pelbagai spekulasi tercetus termasuk dakwaan mengatakan Faye adalah punca rumah tangga Elly hancur.
Kini hubungan Faye dan Azmi semakin hari semakin rapat dan berbicara mengenai wajahnya yang muncul didalam istikharah Azmi, Faye berharap perkara itu adalah benar.
Sukar untuk saya menerima pada mulanya dengan kontroversi yang melanda. Saya melihat kalau dia tipu mungkin hubungan saya dengan dia akan renggang tetapi nampaknya hubungan kami macam baik.
Faye juga akui setiap kecaman dan kontroversi yang melanda dirinya mengajar beliau erti kesabaran dan istiqamah.
Bila memilih menjadi pelakon, saya sudah faham benda ini yang akan saya hadapi. Pastinya saya tidak mahu benda ini berlaku tetapi saya yakin pasti ada hikmahnya. Mungkin pada masa depan saya tahu cara untuk lebih mengawal kemarahan saya. Jadi istiqamah atau lebih bersabar.
Jika ada jodoh antara Faye Kusairi dan Azmi Hatta sudah tertulis, pasti tidak akan kemana. Tak gitu?