Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Fattah Seorang Lelaki Yang Jujur Dengan Perasaannya – Neelofa

Sejak menyanyikan lagu Wanita Terakhir di MeleTOP dengan puisi cinta yang romantis sambil memandang Neelofa, ramai yang mempercayai Fattah Amin akhirnya mengakui single terbarunya itu sememangnya ditujukan buat Neelofa.

Advertisement

Berbicara mengenai perkara itu, apa agaknya penerimaan Neelofa terhadap luahan hati Fattah.

Saya melihat dia sebagai seorang lelaki yang sangat jujur dengan perasaannya. Bila dia pilih untuk berbuat demikian tiada siapa yang boleh hentikannya. Jadi saya tidak lihat perlunya orang di luar sana menghukum dia dalam hal ini.

Bakal bergandingan lagi dengan Fattah dalam sebuah telemovie, Neelofa sebenarnya tidak pernah penat dikaitkan dengan lelaki itu. Buat Neelofa, beliau hanya melakukan kerja dan tanggungjawabnya sebagai seorang pelakon dengan baik.

Selepas ini juga saya dan Fattah akan terlibat dalam drama yang sama. Jadi tidak adil sebenarnya kalau ada pihak yang mahu salahkan kami sedangkan ini adalah tanggungjawab yang perlu kami lunaskan sebagai pelakon.  Jujurnya kami tidak bertanggungjawab ke atas harapan dan anggapan orang di luar sana.

Advertisement

Kita lihat sahaja sejauh mana perhubungan mereka akan pergi selepas ini. Kata orang, daripada berkawan boleh jadi kekasih, namun ia tetap berbalik pada soal jodoh.

Sumber Berita : Utusan Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama