Fattah Memang Sudah Ada Belakang Pentas, Tapi Dia Ada Hal Kecemasan – Astro

Hiburan

Fattah Memang Sudah Ada Belakang Pentas, Tapi Dia Ada Hal Kecemasan – Astro

Kecoh semalam apabila Fattah Amin membuatkan netizen mengamuk kerana tidak muncul pada saat akhir di rancangan MeleTOP yang dihoskan oleh Neelofa dan Nabil Ahmad untuk mempromosikan drama My Coffee Prince sedangkan beliau sudah siap sedia di belakang pentas.  

Advertisement

Meskipun Fattah belum mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung isu panas ini, Ketua Saluran Melayu Astro, Raqim Ahmad menerusi portal mStar Online mengesahkan Fattah sememangya sudah berada di belakang pentas tetapi terpaksa pulang kerana ada hal kecemasan.

Semalam, pengurus Neelofa juga ada memuat naik kenyataan berbaur sindiran terhadap seseorang yang disifatkan tidak profesional dan “demand”.

Saat ini, peminat hanya ingin mendengar penjelasan lanjut dari Fattah sendiri. Harapnya Fattah janganlah berdiam diri dan membiarkan pelbagai spekulasi liar terus timbul.

Sumber Berita : mStar Online

Kredit Foto : aqoimran

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.