Meskipun Fattah belum mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung isu panas ini, Ketua Saluran Melayu Astro, Raqim Ahmad menerusi portal mStar Online mengesahkan Fattah sememangya sudah berada di belakang pentas tetapi terpaksa pulang kerana ada hal kecemasan.
Semalam, pengurus Neelofa juga ada memuat naik kenyataan berbaur sindiran terhadap seseorang yang disifatkan tidak profesional dan “demand”.
Saat ini, peminat hanya ingin mendengar penjelasan lanjut dari Fattah sendiri. Harapnya Fattah janganlah berdiam diri dan membiarkan pelbagai spekulasi liar terus timbul.