Pada sidang media yang diadakan di Hotel Royale Chulan, Fattah turut memberitahu beliau dan Fazura tidak pernah merencana untuk bernikah di Mekah seperti yang digosipkan sebelum ini dan mahu melalui proses perkahwinan sama seperti orang lain juga. Mereka kini sedang sibuk menguruskan beberapa perkara seperti dokumen pernikahan dan tidak lama lagi bakal menghadiri kursus kahwin pula.
Tidak bernikah di Mekah, kami belum bernikah. Kami sekarang ini apa yang kami tengah rancang, kami tengah merancang untuk pergi ke kurus kahwin seperti orang lain lagi. Walaupun artis, kami perlu melalui proses ke arah pernikahan seperti orang lain.
Difahamkan, mereka akan mengadakan majlis pernikahan secara tertutup pada penghujung tahun ini dan dua buah majlis resepsi buat ahli keluarga, rakan media dan peminat pula akan diadakan pada tahun depan.