October 1st, 2018

Minggu lalu kami menerima kiriman email daripada salah seorang agen produk MRP Sup DIET & Berrytox yang diusahakan oleh pelakon popular Fattah Amin dibawah syarikat miliknya, MRP International Sdn Bhd.

Agen-agen tersebut merasa tertipu apabila sudah banyak melaburkan wang tetapi produk tersebut tidak dapat dijual gara-gara Fattah tidak lagi aktif mempromosikan produk makanan kesihatan itu.

Terbaru, Fattah yang terkejut didakwa sebegitu menafikan beliau sudah menipu duit peminat dan kini dalam usaha untuk mencari jalan penyelesaian bagi isu ini.

Saya terkejut dengan tuduhan ini. Saya tidak akan menipu peminat dan penyokong saya dengan mempromosikan sesuatu yang saya sendiri tidak percaya. Saya sedang bekerjasama dengan Universal Music untuk menyelesaikan masalah ini. Sebarang kenyataan rasmi tentang isu ini, akan saya berikan melalui pihak pengurusan.

Pihak pengurusan Fattah dan juga peguam yang dilantik juga akan memantau  dan berusaha sebaiknya untuk menyelesaikan segala masalah yang berbangkit dengan beberapa pelanggan lain yang sudah menandatangani kontrak dengan bekas pihak pengurusan Fattah sebelum ini.

Terdahulu, agen-agen sebenarnya tidak mahu memanjangkan perkara berkenaan tetapi mereka mendakwa pihak Fattah bersikap lepas tangan tanpa sebarang maklumbalas dan hanya membiarkan mereka menanggung kerugian.

Sumber Berita : mStar Online


43 responses to “Fattah Amin Nafi Tipu Duit Peminat”

  1. aager says:

    Jangan marah Fattah yah, tu semua fitnah..
    apa pun sejak kawin dengan Fazura, Fattah makin bergaya dan dah urban style macam isteri yah…
    Hebatnya sambut birthday isteri di kelab dengan kawan2 isteri yang kebanyakan LBGT, tema holloween, Fasha pi majlis Fazura pakai baju superwomen.. sexy..

  2. Kakfake says:

    Majlis private party yg baru keluar gambar yg ditapis ITU penuh dgn aksi gang LGBT fazura.siap menyampaikan jadi faz Lagi. Dan mereka pun bergembira support LGBT.tgk la bff dia si Abg ummi nazeera Tu ewwww geli

Loading...