September 27th, 2018

Selain bergelar selebriti popular, pelakon pujaan ramai Fattah Amin juga aktif menceburi bidang perniagaaan, selepas mengusahakan sebuah cafe yang mendapat sambutan hangat, Fattah juga ada mengeluarkan produk makanan kesihatan iaitu MRP Sup DIET dan Berrytox di bawah syarikat miliknya iaitu MRP International Sdn Bhd.

Fattah juga turut membuka peluang untuk orang ramai di luar sana berkecimpung dalam bisnes jualan MRP. Seperti perniagaan lain, tentu sekali akan ada agen yang akan memasarkan produk tersebut. Iyalah, produk artis popular seperti Fattah dipercayai memang akan laku keras.

Tetapi, hari ini kami dikejutkan dengan satu kiriman email daripada salah seorang agen MRP yang tertanya-tanya apakah status terbaru pengeluaran produk tersebut.

Agen-agen ini sudah melaburkan wang yang banyak tetapi akhirnya produk itu tidak dapat dijual kerana Fattah katanya sudah tidak lagi rancak mempromosikannya seperti sebelum ini.

Adakah segala dakwaan ini benar? Harapnya Fattah dapatlah tampil memberikan penjelasan agar tidak timbul lagi sebarang salah faham mahupun spekulasi.


84 responses to “Peminat Kirim Email Tanya Tentang MRP Diet Fattah Amin”

  1. Cramartgirl says:

    Apa yang dimaklumkan di dalam email itu sangat2 la benar.

    Beberapa agent dah buat laporan polis, sekarang kene refer mahkamah sivil pulak. Untuk pengetahuan, lesen perniagaan MRP akan tamat 31 Dec ini, dah dimaklumkan oleh orang yang menguruskan pentadbiran/admin syarikat ini, mereka semua memang merancang untuk menutup syarikat, cume kami agent tidak diberitahu tentang apa2 perkembangan, selain circular daripada Universal Music yang mengatakan, Fattah tidak akan memberikan sebarang statement berhubung perkara ini.

    Menurut kate mereka, ade kes pecah amanah dan penyelewengan dan masih dalam siasatan.

    Tetapi kenapa tiada sesiapa daripada management MRP tidak bertemu semua agent dan menerangkan perkara sebenar. DM tak reply. Total credit yang masih ada pada semua lebih kurang 80 orang agent adalah berjumlah RM52K.

    Kami akan ambil tindakan selanjutnya.

  2. Lair says:

    Suci? Video tu telinga sebijik si fake. Unik

  3. Ala apa susah2..kalau rasa tertipu buat report polis je..bg polis siasat.. Klu tuduh2 mcm ni takut jd fitnah..kan dosa fitnah tu lebih besar drp membunuh

Loading...