Agen-agen tersebut merasa tertipu apabila sudah banyak melaburkan wang tetapi produk tersebut tidak dapat dijual gara-gara Fattah tidak lagi aktif mempromosikan produk makanan kesihatan itu.
Terbaru, Fattah yang terkejut didakwa sebegitu menafikan beliau sudah menipu duit peminat dan kini dalam usaha untuk mencari jalan penyelesaian bagi isu ini.
Saya terkejut dengan tuduhan ini. Saya tidak akan menipu peminat dan penyokong saya dengan mempromosikan sesuatu yang saya sendiri tidak percaya. Saya sedang bekerjasama dengan Universal Music untuk menyelesaikan masalah ini. Sebarang kenyataan rasmi tentang isu ini, akan saya berikan melalui pihak pengurusan.
Pihak pengurusan Fattah dan juga peguam yang dilantik juga akan memantau dan berusaha sebaiknya untuk menyelesaikan segala masalah yang berbangkit dengan beberapa pelanggan lain yang sudah menandatangani kontrak dengan bekas pihak pengurusan Fattah sebelum ini.
Terdahulu, agen-agen sebenarnya tidak mahu memanjangkan perkara berkenaan tetapi mereka mendakwa pihak Fattah bersikap lepas tangan tanpa sebarang maklumbalas dan hanya membiarkan mereka menanggung kerugian.