March 8th, 2017

Hujung minggu lalu, sebuah akhbar tempatan melaporkan pelakon Fattah Amin kini sedang rapat dengan seorang wanita berstatus VIP. Bermula daripada berita berkenaan, netizen mengaitkan nama Azrinaz Mazhar Hakim sebagai teman istimewa Fattah. Mereka dikatakan mula rapat setelah Neelofa mengesahkan hubungan percintaannya bersama Fattah sudah berakhir.

Terbaru, Fattah menerusi portal mStar Online menafikan beliau kini sedang bercinta dengan Azrinaz seperti yang digembar-gemburkan. Fattah menyifatkan setiap spekulasi mengenai dirinya dan Azrinaz adalah satu fitnah semata-mata.

Bagi saya ia merupakan satu fitnah yang dilemparkan sehingga tersebar di laman sosial. Saya terpanggil untuk membuat kenyataan ini kerana perkara ia tidak benar dan tidak pernah berlaku. Saya cuba mengambil langkah berdiam diri dan bertenang tetapi nampaknya cerita tidak berasas ini semakin berleluasa dan saya terpanggil untuk membetulkan keadaan.

Saya mohon jasa baik semua pihak supaya tidak memanjangkan perkara yang tidak berasas sehingga boleh jatuh sebagai fitnah. Secara tidak langsung ia akan mendatangkan kesan yang tidak baik kepada individu itu sendiri.

Fattah memberitahu Azrinaz sebenarnya hanya sekadar seorang pelanggan sahaja yang mengunjungi kafe miliknya iaitu Stalker Cafe bersama rakan-rakannya yang lain. Jadi, foto yang dimuat naik oleh Azrinaz di akaun Instagramnya itu tidak bermakna ia memberikan gambaran mereka sedang menjalinkan hubungan. Fattah berpendapat gosip percintaan itu timbul kerana beliau dan Azrinaz masih solo.

Mungkin isu ini timbul kerana saya pun masih tiada teman istimewa dan Azrinaz pun masih solo lagi. Saya mengharapkan sokongan dari peminat-peminat saya daripada sudut positif dan jangan mudah percaya dengan gosip seperti ini.

Harapnya dengan penjelasan ini tiadalah peminat Fattah yang salah faham ataupun mencetuskan sebarang spekulasi lagi.

Sumber Berita : mStar Online


Comments are closed.

Loading...