Fattah Amin Dan Fazura Bersanding 25 Februari Ini

Hiburan

Fattah Amin Dan Fazura Bersanding 25 Februari Ini

Selepas tiga bulan mendirikan rumah tangga, akhirnya pasangan sensasi Fattah Amin dan Fazura bakal mengadakan majlis resepsi perkahwinan mereka.

Advertisement

Menerusi portal BH ONLINE, majlis tersebut akan diadakan pada 25 Februari ini di sebuah hotel terkemuka di ibu negara.

Bibit percintaan antara Fattah dan Fazura mula timbul apabila kedua-duanya bergandingan bersama dalam drama popular Hero Seorang Cinderella.

Bercinta dalam diam, pasangan ini menjawab segala persoalan tentang gosip percintaan dengan mengumumkan mereka sudah pun mengikat tali pertunangan pada 13 November 2017 beberapa hari sebelum mereka mengerjakan ibadah umrah bersama.

Tidak lama selepas itu, Fattah dan Fazura diijabkabulkan dalam satu majlis tertutup yang hanya dihadiri oleh ahli keluarga dan rakan rapat padfa 27 November 2017.

Pastinya ramai yang sudah tidak sabar menantikan pasangan sama cantik sama padan ini bersanding di atas pelamin.Memang satu berita yang paling dinantikan bukan? Semoga segala perancangan mereka berjalan dengan lancar.

Sumber Berita : BH ONLINE

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...