“Fatin Minta RM3K Nafkah Anak, Sebelum Ni RM500” – Adam Shahz Nafi Jual Motosikal Sebab Terdesak Perlukan Duit

Hiburan

“Fatin Minta RM3K Nafkah Anak, Sebelum Ni RM500” – Adam Shahz Nafi Jual Motosikal Sebab Terdesak Perlukan Duit

Pelakon Adam Shahz berkata dia memilih untuk bertenang setelah bekas isterinya, aktres Fatin Afeefa ada memohon nafkah anak sebanyak 6 kali ganda berbanding dulu.

Adam Shahz ingin bertenang di sebalik tuntutan nafkah anak

Maklum Adam, Fatin meminta nafkah sebanyak RM3,000 sebulan berbanding RM500 seperti dipersetujui sebelum ini.

Advertisement

Pihak Fatin ada tuntut nafkah anak, saya bayar tapi mungkin ada bahagian yang dia rasa tak cukup. Sekarang perkara itu masih dalam proses mahkamah.

Fatin Afeefa tuntut nafkah anak RM3K

Sumber : YouTube

Fatin minta RM3,000 sebelum ini hanya RM500. Buat masa ini tiada apa yang saya nak cakap sebab mungkin ada satu jumlah yang dia perlukan.

Nafi jual motosikal kerana desakan hidup

Ujar Adam lagi, dia ingin menyangkal dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan dia menjual motosikal kerana kesempitan hidup.

Mungkin sampai masanya saya membeli motosikal lain dan tak semestinya saya menjual sesuatu barang kerana perlukan duit.

Sebelum ini, Fatin berkata Adam tidak culas membayar nafkah namun enggan membayar yuran persekolahan anak mereka yang berjumlah RM3,000.

Fatin juga merasakan adalah tidak adil buat suaminya kini, Aliff Awang untuk membayar segala perbelanjaan Ivy.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

fatin afeefa adam shahz
5 months ago

"Dia Cuma Beri RM100 Untuk Beli Baju Koperasi.." - Fatin Afeefa Kesal Adam Shahz Enggan Bayar Yuran Sekolah Anak

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Portal

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...