“Dia Cuma Beri RM100 Untuk Beli Baju Koperasi..” – Fatin Afeefa Kesal Adam Shahz Enggan Bayar Yuran Sekolah Anak

Hiburan

“Dia Cuma Beri RM100 Untuk Beli Baju Koperasi..” – Fatin Afeefa Kesal Adam Shahz Enggan Bayar Yuran Sekolah Anak

Pelakon Fatin Afeefa mengakui sedikit kesal apabila bekas suaminya, pelakon Adam Shahz tidak menjalankan tanggungjawab sebagai seorang bapa kepada anak perempuan mereka, Ivy, dengan sempurna.

Enggan bayar yuran sekolah anak

Kata Fatin, meskipun Adam tidak pernah culas memberi nafkah untuk anak mereka namun dia juga tidak memenuhi keperluan lain seperti yuran sekolah anaknya. Namun, disebabkan mereka masih dalam perbicaraan berhubung tuntutan nafkah, aktres ini membiarkan mahkamah untuk memberi kata putus.

Advertisement

Adam tak culas bayar nafkah anak setakat ini cuma saya geram apabila dia enggan bayar yuran sekolah anak.

 

Dia cuma beri RM100 untuk beli baju koperasi dan yuran lain saya bayar sendiri sebanyak RM3500.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AFEEFA 🌙🇵🇸 (@fatinafeefa)

Tidak adil pada suami

Pada masa yang sama, Fatin turut mendedahkan suaminya, Aliff Awang berbesar hati untuk menggalas tanggungjawab sebagai bapa dan membayar segala perbelanjaan Ivy meskipun itu bukan tanggungjawabnya.

Bagi saya tak adil perbelanjaan Ivy bapa tiri yang bayar semuanya. Walaupun suami tiada masalah sebab sayangkan Ivy tapi sebagai isteri saya rasa itu tidak adil.

 

Akhirat kelak takkan nak jawab bapa tiri rela bayar perbelanjaan anak?

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AFEEFA 🌙🇵🇸 (@fatinafeefa)

Untuk info, Fatin dan Adam telah sah bergelar suami isteri pad 21 Disember 2013 sebelum berpisah empat tahun kemudian dan Fatin kembali berumah tangga dengan Aliff pada Disember 2022.

opai
2 months ago

Suami Fatin Afeefa 'Opai' Beri Teguran Amalan Mengumpat, Pesan Suami Tegur Isteri Jangan Suka Gosip

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...