Sudah menjadi perbualan hangat di media sosial, Fatin menerusi portal mStar Online tampil menafikan dakwaan bekas suaminya itu. Menurut Fatin, beliau tidak akan pernah melakukan perbuatan syirik itu.
Bomoh tu apa? Saya tinggal di Subang (Selangor), tidak kenal bomoh-bomoh ni. Lagi pula saya sibuk dengan kerja sekarang. Saya tidak pasti siapa yang dia tujukan dan mungkin anda kena tanya dia dulu.
Adam ketika dihubungi memberitahu beliau tidak takut jika pihak Fatin ingin mengambil sebarang tindakan kerana beliau mempunyai bukti kukuh atas segala dakwaan berkaitan perbuatan bekas isterinya itu.
Saya tidak takut kalau dia ambil tindakan kerana saya ada semua bahan bukti apa yang dilakukan selama ini. Salah satunya dalam gambar yang saya muat naik itu adalah bahan sihir yang saya jumpa dalam kereta.
Dalam pada itu, Adam juga nafi dirinya sering mengganggu Fatin seperti yang dikatakan oleh aktres itu menerusi sebuah portal akhbar tempatan. Buat Adam, kenyataan Fatin itu sudah melampau dan kurang ajar kerana bukan sahaja mengaibkan diri Adam tetapi keluarganya juga.

ko meroyan
February 19, 2018 at 9:03 am
setakat muka mcm ni nak bomoh… hak tuihhhh lah. buang masa!!!! ko ingt ko zul ariffin…
Anonymous
February 16, 2018 at 1:01 pm
Adam ni, xpayah uji akal, tgok rupa pun dah taw bodoh.. Sindrom xbole move on, mcm tu la.. Dah bercerai bertahun pun, duk cipta kontroversi murahan mcm ni lagi..
Mata mata
February 15, 2018 at 5:08 pm
Aku rasa adam ni mmg dah x keharuan dah tu. Tu pikir bukan2 . Ex gi bomoh la… Curang la… Aku dulu pun ada kenal mamat perangai camni. Tuduh aku bukan2 . Siap gi bomoh. Kata aku bomohkan dia gak. Mmg x masuk akal. Tp sebenarnya dia yg xleh terima kenyataan yg bini dia tu bukan milik dia lagi
Mokti
February 15, 2018 at 2:40 pm
Sape la ko dua ekor ni. Naoe aku tak ken. Belakon citer apa atau nyanyi lagu apa
anon
February 15, 2018 at 3:00 pm
diorg belakon cerita …BAYANG ….NYANYI LAGU ..AKU YG TAK POPULER
sbb tu mmg tak kenal dan tak cam ..muahakakakakkaka
Mokti
February 15, 2018 at 2:38 pm
Adoii sape la ko dua ekor ni pelakon ke penyanyi nape aku tak pernah tgokkk