Pelakon Fatin Afeefa baru-baru ini sekali lagi didakwa menjalinkan hubungan dengan suami orang, lelaki sama yang pernah dikaitkan dalam kontroversi terdahulu.
Pendedahan itu dimuat naik sendiri oleh isteri kepada lelaki tersebut menerusi laman sosial Twitter, mendakwa pelakon itu menjalin hubungan sulit dengan suaminya serta memaparkan juga beberapa bukti disebalik dakwaan tersebut.
Bagaimanapun, Fatin nampaknya enggan memberikan komen mengenai kontroversi itu dan berkata dia tidak mampu untuk menutup mulut orang daripada berterusan memburukkan namanya.
Saya tak boleh menutup mulut orang ramai untuk bercakap buruk pasal saya. Jika ada yang rasa cara itu dapat membahagiakannya, terpulanglah. Saya rasa berdiam diri adalah langkah terbaik. Orang yang menyebarkan cerita buruk mengenai saya tidak patut diberi perhatian.
Bagi saya, apa yang disebarkan itu tiada kena mengena dengan diri saya. Jadi, saya tidak akan sesekali melayan perkara yang akan menyakitkan hati. Apa yang boleh saya katakan, apa yang disebarkan langsung tidak memberi kesan kepada diri saya.