Pasangan selebriti, Nur Fazura dan Fattah Amin hari ini sah bercerai talak satu di di Mahkamah Rendah Syariah Petaling di Subang Bestari.
Menerusi temu bual bersama pihak media di mahkamah hari ini, Fazura mendedahkan beberapa faktor yang membuatkan dirinya memfailkan cerai sebelum ini.
Antaranya adalah Fattah Amin mengabaikan nafkah untuknya dan anak mereka, Fatima dan turut berlaku curang selain akui tidak sefahaman sejak sekian lama.
“Saya sediakan rumah, makan minum dan belikan hadiah kereta Range Rover untuk Fattah,” kata Fazura.
Dengan linangan air mata, pelakon berusia 41 tahun itu juga turut mendakwa dia dan Fatima tidak pernah merasa duit raya daripada Fattah Amin meskipun aktor tersebut mempunyai pendapatan yang lumayan.
Terdahulu, pasangan yang mendirikan rumah tangga pada tahun 2017 itu sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari. Aktor berusia 33 tahun melafazkan talak satu di hadapan Hakim Syarie Abdul Malek Soleh pada jam 9.45 pagi.