Menerima pelbagai kritikan selepas isu tersebut, Fathia meminta agar masyarakat tidak menghakimi sesuatu perkara sebelum menonton drama itu sehingga tamat dan melihat setiap mesej yang disampaikan daripada sudut positif.
Setiap drama ada penjahat dan ada orang baik. Jadi saya rasa drama-drama semua ada nilai-nilai negatif dan positif. Benda yang positif kita ambil sebagai contoh. Tetapi negatif kita ambil sebagai iktibar. Saya rasa sebagai manusia yang ada akal kita boleh fikir mana yang baik dan buruk.
Bagi saya kata tak bermoral itu saya tak nak komen apa-apa. Cuma nak cakap tengok cerita itu sampai habis. Pengajaran daripada cerita tersebut boleh diperolehi di penghujung episod. Ketika itu penonton boleh menilainya dengan sendiri.
Mengakui merasa agak terkejut apabila mendengar maklum balas sedemikian pada mulanya, Fathia tetap mempercayai bahawa drama Dia Isteri Luar Biasa mempunyai kekuatannya yang tersendiri.
Saya mula-muka terkejut dengan maklum balas apabila ada orang cakap cerita itu tak bermoral kerana saya sendiri yang melakonkan watak itu. Setiap drama mempunyai moral yang kita boleh tunjukkan. Jadi saya seru pada peminat tengok cerita itu sampai habis dulu baru kita menilai.
Mungkin ada yang kurang gemar menonton drama adaptasi novel yang kini cukup trending di Malaysia sehingga mereka mudah mencari kesalahan bagi drama berunsur sedemikian. Namun, ia tidak bermakna kita boleh mudah memberikan komen atas karya seseorang.