December 16th, 2016

Sehingga hari ini Fathia Latiff masih menjadi bualan hangat netizen berkaitan kontroversi rasa tidak puas hatinya terhadap pramugari yang enggan mengangkat begnya.

Sebelum ini, Fathia menjelaskan beliau tidak mahu memohon maaf atas apa yang berlaku tetapi tidak menjelaskan perincian tentang insiden berkenaan.

Menerusi akhbar berbahasa Inggeris, The Star, Fathia memberitahu beliau meminta pramugari tersebut mengangkat beg berkenaan kerana ia mengandungi hadiah dan bunga yang diberikan oleh peminat ketika menjayakan sebuah acara di Johor Bahru.

Fathia tidak mahu “check in” beg berkenaan kerana menghargai hadiah daripada peminatnya apatah lagi barangan berkenaan agak mudah pecah dan rosak.

Saya meminta pertolongan beliau dengan baik tetapi respon yang diberikan oleh pramugari berkenaan mengejutkan saya.

Tujuan saya memuat naik foto pramugari itu kerana ingin menasihati beliau untuk berehat sekiranya beliau tidak sihat.

Fathia akui beliau sebenarnya menyesali perbuatannya itu dan sudah pun memohon maaf kepada pramugari tersebut.

Hmmph, berlainan pula dengan kenyataan sebelum ini. Jika benar Fathia sudah memohon maaf, rasanya isu ini sudah pun selesai.

Sumber Berita : THE STAR ONLINE


Comments are closed.

Loading...