April 4th, 2016

Apabila Jejai memuat naik ucapan dan meraikan hari lahir Fasha Sandha baru-baru ini, ruang komen di akaun Instagram mereka dipenuhi dengan ucapan serta harapan daripada peminat yang menginginkan mereka untuk bersatu semula sebagai suami isteri.

Walaubagaimanapun, Fasha akui beliau bahagia dengan keadaan sekarang dan menerima Jejai hanya sebagai bapa kepada dua anak mereka iaitu Putra Rayfal dan Putri Raysha Jemyma.

Fasha sejujurnya tidak mempunyai sebarang hasrat untuk merujuk semula bersama Jejai dan kembali kepada keluarga lelaki itu. Namun, Fasha tetap mengucapkan terima kasih kepada peminat yang tidak putus mendoakan kebahagiaan beliau.

Terima kasih kepada peminat yang mendoakan kebahagiaan saya dan berharap agar kami berbaik. Ramai juga yang bertanyakan tentang perkara ini kepada saya selepas Rizal memuat naik gambar saya sempena ucapan hari lahir buat saya.

Sejujurnya, setakat ini saya hanya terima Rizal sebagai ayah kandung kepada kedua-dua anak saya. Saya tidak bercadang untuk kembali bersama Rizal dan keluarganya.

Mungkin ini yang terbaik buat Fasha dan Jejai, cinta itu tidak semestinya bersatu. Apa yang penting mereka berdua masih berbaik demi anak-anak tercinta.

Sumber Berita : Utusan Online


Comments are closed.

Loading...