March 29th, 2016

Tanggal 28 Mac semalam merupakan ulangtahun kelahiran Fasha Sandha yang ke 32, bersempena dengan tarikh itu, Jejai telah memuat naik foto bekas isterinya itu dengan ucapan hari jadi buat Fasha menerusi akaun Instagram miliknya.

Meskipun ucapan itu tampak agak ringkas, tetapi ia sebenarnya cukup bermakna dan menarik perhatian ramai. Ini kerana jelas mereka masih lagi berbaik meskipun sudah berpisah.

Happy birthday Ibu, many happy returns. From Daddy, Rayfal and Jemyma.

Instagram Jejai dan Fasha juga dipenuhi dengan komen yang mendoakan agar pasangan ini dapat bersatu kembali sebagai suami isteri. Mereka percaya bahawa Jejai dan Fasha masih lagi mencintai antara satu sama lain.

Alhamdullilah, Jejai dan Fasha dapat mengekalkan hubungan baik antara satu sama lain demi anak mereka. Erm, kalau soal jodoh dan perkahwinan ini kita tidak boleh jangkakan, ada sahaja pasangan yang sudah bercerai merujuk semula. Apa-apa pun, selamat hari jadi buat Fasha Sandha .


Comments are closed.

Loading...