Fasha Sandha Tak Selesa Warnakan Rambut, Aidil Aziz Pula Rasa Macam JLo Di Sebelah!

Hiburan

Fasha Sandha Tak Selesa Warnakan Rambut, Aidil Aziz Pula Rasa Macam JLo Di Sebelah!

Pelakon jelita, Fasha Sandha mendedahkan bahawa dia tidak pernah berasa selesa mewarnakan rambut dengan rona perang dan pendek namun terpaksa dilakukan kerana tuntutan kerja.

Fasha Sandha keluarga
2 years ago

Peminat Tanya Tak Penat Ke Berlakon Anak Dah Tiga, Ini Jawapan Fasha Sandha

Advertisement

Namun, penampilan Fasha ternyata telah membuatkan gayanya sedikit berlainan dan tampak lebih muda dan menawan.

 

Saya potong rambut untuk menjayakan watak dalam sebuah drama, sejujurnya saya memang tak selesa dengan rambut yang berwarna macam ni.

 

Tapi disebabkan karakter lakonan, saya buat juga, ini pun arahan dari sutradara untuk potong dan warnakan rambut bagi menampakkan kelainan.

Kata Fasha lagi, dia akan mewarnakan kembali rambutnya kepada rona hitam setelah selesai menjalani penggambaran drama tersebut.

Sementara itu, suami Fasha, pelakon Aidil Aziz berkata dia amat menyukai penampilan isteri tersayangnya itu.

”Saya rasa macam Jennifer Lopez (JLo) ada di sebelah saya, saya pun kena faham, saya pun seorang pelakon, Fasha buat sebab tuntutan karakter.” kata Aidil.

Perkembangan terkini, Fasha dan Aidil telah tercalon dalam kategori Couple MeleTOP dan juga Pelakon MeleTOP dan tersenarai dalam Top 5 Anugerah MeleTOP ERA edisi kelapan (AME2021).

AME2021 akan bersiaran secara langsung pada Ahad,30 Januari 2022 bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dengan tema ‘Fresh Black Tie’ dengan tagline ‘Yang Fresh, Yang Legend’.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...