Fasha Sandha Kongsi Cerita Ibu Paksa Jadi Pelakon – “Saya Pernah Kena Pukul Dalam Toilet Sebab Taknak Pergi Audition”

Hiburan

Fasha Sandha Kongsi Cerita Ibu Paksa Jadi Pelakon – “Saya Pernah Kena Pukul Dalam Toilet Sebab Taknak Pergi Audition”

Nama aktres Fasha Sandha sudah tidak asing lagi dalam dunia seni hiburan tempatan dan boleh dikategorikan sebagai pelakon A-List di Malaysia.

Melibatkan diri dalam dunia lakonan seawal usia remaja, aktres berusia 39 tahun itu sudah membintangi pelbagai filem dan drama bersiri.

Advertisement

fasha
10 months ago

"Kalau Mereka Viralkan, Boleh Jadi Promosi.." - Fasha Sandha Tak Kecil Hati Dikritik, Terima Lumrah Sebagai Pelakon

 

Jadi pelakon sebab ibu paksa

Siapa sangka, kerjaya yang dibina oleh Fasha ini pada awalnya bukanlah pilihannya sendiri tetapi dedah isteri Aidil Aziz itu, dia telah dipaksa oleh ibu untuk menjadi anak seni.

Mama, dia memang nak saya dalam bidang seni. Dia macam paksa saya. So, bila saya form three tu mama yang mulakan dulu hantar gambar, lepas tu shortlisted pula. Pergi audition catwalk sikit, photoshoot sikit (dan) berjaya.

ibu fasha sandha

 

Kena pukul dengan ibu dalam toilet

Tambah Fasha, selepas mendapat peluang tersebut barulah dia mula belajar bagaimana mahu berlakon dan minatnya dalam bidang lakonan itu datang kemudiannya.

Bukan itu sahaja, Fasha juga mendedahkan dia pernah dipukul oleh ibunya hanya kerana tidak mahu pergi ke ujibakat menari dan ujibakat yang lain.

Pernah kena pukul dalam toilet, kena rotan. I ingat lagi sebab mama nak suruh pegi audition juga. Saya taknak, saya nak pergi sukaneka dekat situ (tinggal di Perlis). Masa tu umur dalam 10 tahun macam tu, kena pukul kena rotan teruk.

Cerita Fasha lagi, dia akhirnya menuruti kehendak ibu dan pergi ke ujibakat tersebut meskipun dalam keadaan muka yang mempunyai kesan bengkak.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Official Hlive (@officialhlive)

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...