“Kalau Mereka Viralkan, Boleh Jadi Promosi..” – Fasha Sandha Tak Kecil Hati Dikritik, Terima Lumrah Sebagai Pelakon

Hiburan

“Kalau Mereka Viralkan, Boleh Jadi Promosi..” – Fasha Sandha Tak Kecil Hati Dikritik, Terima Lumrah Sebagai Pelakon

Tidak kecil hati dikecam oleh netizen, pelakon berbakat Fasha Sandha sudah bersedia menerima kritikan dari penonton susulan melakonkan adegan ranjang dengan aktor Afieq Shazwan dalam drama bersiri terbarunya, Rampas Cintaku 2.

Hanya menjayakan watak

Menurut aktres ini, dirinya hanya mengikut kehendak skrip dan pengarah dalam tugasan lakonan itu dan sebagai seorang yang profesional, Fasha mencuba untuk mendalami karakter yang diberi.

Advertisement

Saya hanya ikut skrip sahaja, setiap cerita mesti ada pengajaran dan saya sebagai pelakon saya menggalas tugas itu untuk menyampaikan mesej.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha)

Terpulang kepada penonton

Bukan itu sahaja, Fasha juga menjelaskan bahawa dirinya tidak akan memaksa pandangan netizen terhadap penerimaan dramanya itu. Baginya, masing-masing ada pendapat tersendiri dan itu bergantung kepada penilaian mereka.

Kita jangan pandang satu sisi je, kena pandang sisi lain. Mereka ada hak untuk menilai apa yang saya cuba sampaikan.

 

Mungkin kalau mereka viralkan, itu boleh jadi promosi untuk drama kita. Terpulang kepada mereka nak cakap apa saya tak boleh stop, ini kerjaya saya.

Terdahulu, sedutan drama musim keduanya ini telah menerima kritikan dari orang ramai yang kurang senang dengan adegan di atas ranjang antara Fasha dan Afieq. Pendapat mereka, ia boleh memberi impak negatif kepada yang menonton.

Fasha Sandha aidil
3 months ago

Aidil Aziz Dan Fasha Sandha Guna Kaedah IVF, Pilih Cara 'Manual' Nak Dapatkan Anak Lelaki - "Asalkan Sihat Walafiat"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Portal

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...