Namun, Fasha memberitahu beliau tidak mahu terburu-buru mendirikan rumah tangga dan memerlukan sekurang-kurangya setahun setengah lagi untuk berkahwin.
Buat masa ini, Fasha mahu  fokus untuk membesarkan anak-anaknya terlebih dahulu.
Buat masa sekarang biarlah saya memberi fokus kepada kerjaya dan penuhi masa dengan anak-anak dahulu. Tetapi, apa-apa pun biarlah saya mengenali seseorang itu terlebih dahulu, sekurang-kurangnya beri masa satu setengah tahun lagi kepada saya untuk kembali berkahwin semula.
Biarlah saya berkahwin semula ketika anak-anak masih pada usia kecil lagi kerana mungkin mereka akan mudah untuk menerima kehadiran orang baru dalam keluarga ini. Namun, apa yang saya boleh katakan, perkahwinan tersebut tidak akan terjadi dalam masa terdekat ini.
Fasha pernah mendirikan rumah tangga dengan Rizal Ashram Ramli atau lebih dikenali sebagai Jejai pada 27 April 2012. Mereka sah  bercerai talak satu pada 20 Januari tahun lepas.
Tidak dinafikan anak-anak Fasha memerlukan perhatian penuh dan kasih sayang seorang bapa, malah setiap wanita juga memerlukan teman hidup untuk memenuhi hati yang kosong, tetapi dalam perhubungan lebih elok untuk tidak terburu-buru dan biarlah kali ini ia dapat kekal sehingga akhir hayat jika ada jodoh sehingga ke jinjang pelamin.