Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Memang Saya Sedang Rapat Dengan Seseorang Tetapi Dia Bukan Kekasih Saya – Fasha Sandha

Lebih setahun selepas perpisahannya bersama bekas suami, Jejai, kini pelakon Fasha Sandha nampaknya sudah mula membuka pintu hatinya untuk menerima cinta baharu.  Fasha mengakui beliau kini sedang rapat dengan seorang lelaki berusia 30-an tetapi beliau menafikan lelaki berkenaan adalah kekasihnya.

Perkenalan kami masih baru lagi iaitu tak sampai enam bulan. Jadi, masih terlalu awal nak bercakap mengenai hubungan ini. Apa yang boleh saya boleh katakan ialah dia rakan lelaki yang rapat dengan saya sekarang.

Advertisement

Saya juga menganggapnya sebagai sahabat di mana kami saling berhubung dan berkomunikasi siang dan malam. Namun, kami bukan pasangan kekasih.

Difahamkan, sikap positif lelaki berkenaan yang  tidak mendesak membuatkan Fasha selesa berkawan dengannya.

Kebaikan yang ditunjukkan membuatkan saya nak terus berkawan, malah dia juga bukan jenis yang mendesak.

Cukup untuk saya katakan, dia bukan orang yang dikenali. Sebaliknya hanya lelaki biasa.

Advertisement

Wah, berita yang agak gembira juga apabila Fasha tidak lagi menoleh ke belakang dengan kisah cinta lalu dan sudah mula melangkah untuk menerima kasih sayang dan cinta seorang lelaki lagi. Doakan yang terbaik buat Fasha dan agar beliau bahagia.

Sumber Berita : Harian Metro

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top