Fasha Sandha Dan Nora Danish Sudah Berdamai?

Hiburan

Fasha Sandha Dan Nora Danish Sudah Berdamai?

Umum mengetahui persengketaan antara dua selebriti jelita, Fasha Sandha dan Nora Danish sudah berlanjutan hampir sepuluh tahun lamanya. Pelbagai kontroversi dan kes melibatkan mereka berdua sehingga tiba tahap Nora ingin menyaman Fasha gara-gara memuat naik status menuduh dirinya menghalau Fasha daripada sebuah acara fesyen sekitar tahun lalu.

Namun, khabar terbaru tentang mereka berdua kali ini mungkin akan membuatkan  ramai yang terkejut.

Advertisement

Ada sumber kepada portal Mangga Media memberitahu, Fasha dan Nora mungkin sudah berdamai selepas kedua-duanya diliuhat hadir di Pejabat Mediasi, Mahkamah Tinggi Shah Alam pada pagi Selasa (semalam). Biasanya tujuan seseorang pergi ke pejabat tersebut adalah untuk menyelesaikan perbalahan.

Mangga Media menerima khabar daripada satu sumber yang melihat kelibat kedua-dua hot mama itu semasa hadir di Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selangor pada Selasa.

Menurut sumber, Fasha dan Nora yang diwakili peguam masing-masing berkunjung ke Pejabat Mediasi. Kalau menurut pemahaman Mangga Media, pejabat Mediasi itu fungsinya adalah untuk menyelesaikan pertikaian atau perbalahan.

Jika berita ini benar, tentunya ia satu perkhabaran yang baik pada bulan Ramadhan yang mulia ini. Iyalah, untuk apa terus bersengketa dan menyimpan rasa tidak puas hati antara satu sama lain. Fasha dan Nora sudah pun mempunyai kehidupan masing-masing dan lebih baik untuk saling bermaafan.

Sumber Berita : Mangga Media

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

38 Comments

  1. Anonymous

    May 23, 2018 at 9:34 pm

    Lepas tu takkan kerajaan skrg yg nak kena settelkan semua. Rakyat yg nak kena settel mcm tu je. Korang dh sedap joli org lain plk nak kena tanggung ehhhh KBK lah… Eeeeee bongok betul. Geram betul!!!! Geram smpi tak tau nak maki apa!!!

  2. Imelda

    May 23, 2018 at 9:28 pm

    Tu pun masih ada lgi org nak sokong, n pertahankan BN ngn najib.. bingai betul..

  3. Anonymous

    May 23, 2018 at 9:23 pm

    Ini fitnah.. Sengaja menjatuhkan najib. Kata2 macai..Lol

  4. Anonymous

    May 23, 2018 at 9:18 pm

    Sekarang baru saya faham kenapa rambut kak mah besar gitu. Cuba periksa. Silap2 berjuta2 duit disorokkan dalam tu.

  5. Anti Berita Tidak benar

    May 23, 2018 at 9:04 pm

    Kenapa Kes menteri besar selangor,KHIR TOYOR isu rasuah rumah juga,kene letak jawatan menteri besar selangor time tu….

    Tapi lim guan eng kes rumah banglo harga bawah pasaran,digugurkan pula?

    Berlaku adil lah kamu.

    Jangan kene pada kaum kerabat kes rasuah gugur….

    PH atau BN…sama sahaja.

    • Mak Arab

      May 23, 2018 at 9:25 pm

      Berlaku adil lah bila Najib dah kantoi 2billion masuk akaun peribadi. Ko raser???

    • Anonymous

      May 23, 2018 at 9:27 pm

      muflis? so settle cmtu je..lepaskan pd kerajaan Malaysia.. 42bilion mane? ape da jd pd 42bilion tu.. blah cmtu je,tgglkn negara dgn hutang yg menggunung.. tolong perah sume yg terlibat, biar dorg jd buruh utk settlekn sume hutang ni dulu lar

    • Anti Dedak Buta Kayu @idayu

      May 23, 2018 at 9:30 pm

      Sita semua harta benda org2 bnumno buat bayar…mana bly kerajaan yg kena tanggung hutang ni….sial betul..dedak jangan nk lari plk..tlg derma buat byr..ahli2 umno memang sial

    • anak penang

      May 24, 2018 at 9:22 am

      Anti Berita Tidak Benar

      Sebabnya kes LGE tu ada unsur tujuan politik yang nak perangkap LGE supaya dia dijatuhkan. Kalu kes tu betul, kenapa pihak menuduh tidak boleh kemukakan tuduhan semula apabila peguambela mintak berbuat demikian sebab nak mulakan semula kes sebab negara dah ada peguam negara yang baru? kenapa takut? tetiba ja gugurkan kes. sebelum ni bukan main berani nak penjarakan LGE.

Loading...