Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Fasha Sandha Anggap Aedy Ashraf Hanya Seperti Adik

Baru-baru ini, pelakon Aedy Ashraf ada mendedahkan bekas suami Fasha Sandha ada bertindak untuk menegur beliau kerana berkawan rapat dengan Fasha.

Advertisement

Namun, Aedy tidak mahu mengulas lebih lanjut mengenai insiden tersebut dan hanya menegaskan beliau dan Fasha sudah lama kenal dan tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa.

Susulan perkara itu, Fasha juga tampil memberikan kenyataan bahawa beliau sudah mengenali Aedy sejak aktor itu masih kecil dan terlibat dalam beberapa drama bersama. Malah, hubungan mereka ibarat kakak dengan adik.

Saya kalau boleh memang dah tak mahu komen lanjut pasal hal dengan bekas suami. Sebenarnya, saya telah bekerja dengan Aedy sejak lama lagi iaitu sejak dia kecil.

Pertama kali semasa filem 9 September dan kemudiannya di dalam drama Cinta Elysa di mana dia melakonkan watak adik saya.

Sekarang pula saya dan Aedy berlakon sama di dalam drama Lara Aishah sebanyak 100 episod. Jadi, sudah tentu kami banyak berada di lokasi kerana penggambaran drama ini begitu panjang. Saya panggil dia adik. Kami dah macam adik dan kakak.

Advertisement

Harap penjelasan Fasha ini tidak mencetuskan sebarang spekulasi kerana tindakan Jejai yang “menyerang” Aedy. Kalau fikir logik pun, tidak mungkin Fasha dan Aedy ada sebarang hubungan walaupun kata orang “age is just a number”.

Sumber Berita : Mangga Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top